Assalamualaikum wbt
Hari ni mau cerita lebih lanjut pasal meeting SGSIS.
Persedian Penyusuan Menjelang Kelahiran
Masa: 29April 2012
Tempat: Perdana Park
Theme: Pink
Saya excited nak attend meeting ni..selain nak share birthday baby Danish dengan anak-anak susu ibu yang lain saya excited juga memikirkan peer counselor yang datang dari Penang iaitu Izzah. !yey selama ni asyik baca blog beliau sahaja tidak sangka bertemu beliau pada hari itu.
MBPC Penang -- Izzah
Pertemuan dimulakan dengan majlis suai kenal, kemudian bermulailah perbincangan tentang topik persedian penyusuan menjelang kelahiran. Kami ditanya persedian apa yang sering di buat ketika menjelang kelahiran? Rata-rata kami semua bersetuju persedian menjelang kelahiran anak pertama lebih tertumpu kepada keperluan pakaian anak-anak sementara keperluan penyusuan ala kadar sahaja.
bertudung hitam plain itu ialah MBPC kami puan Zainab ;)
Kebanyakan ibu merasakan menyusukan anak itu mudah dan semulajadi..well memang betul lah tapi untuk memastikan anak secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun adalah perkara yang mencabar dan memerlukan dedikasi yang tinggi tau.
Puan Fadzreen ada berkongsi kegigihan beliau untuk menyusukan sehingga pernah menyewa breast pump medela dari medela. Perkara baru juga lah untuk saya. Tak sangka juga breast pump boleh di sewa. kih kih kih. Takjub saya dengan ibu-ibu berkerjaya ini tau! jadi sebagai seorang suri rumah nda boleh la MALAS-MALAS tau...
Pn Izzah dan Fadzreen berkongsi pengalaman mereka ;)
Macam saya seorang suri rumah persedian cuma membeli pam susu manual dari brand pigeon itu dan Nursing pads..tapi itulah tidak pula di gunakan..pendek kata saya cuma lebih bersedia dari segi MENTAL dan FIZIKAL..mental-- set otak untuk menyusukan hingga 2 tahun fizikal -- berusaha untuk mendapatkan makanan yang boleh membantu penghasilan air susu yang banyak. saya tidak menyediakan botol susu. Sebab saya risau saya tidak cukup kuat untuk menghalang godaan untuk menyusukan Danish. Saya sendiri tidak sangka setahun sudah Danish masi blom menyusu dari botol..walaupun kadang-kadang dia main juga dengan botol susu Apang he he..
Selingan kalau yang suka bergaya persediaan untuk baju menyusukan pun perlu tau he he.. macam saya bila pakai jeans atau seluar yg sudah semestinya saya pakai "tube" bukan lah tummy tube khas..tapi boleh guna juga tummy tube khas tuh..tapi saya suka beli tube di butikbutik baju yang jual harga RM5 tu.. sebab kaler2 macam macam boleh ikut padanan baju yg kita pakai hehe..tube tu bukan lah pakai seperti biasa tp pakai di perut wu wu wu.. dan saya suka beli skirt dan seluar yg highwaist..sejak saya menyusukan seluar dan skirt saya memang cover perut..so nda susah untuk selakselak..kalau dress mudah kalau pakai yg vneck atau jenis getah..tp pastikan lah pakai cardigan hehe senang nak cover..siapakata menyusukan tidak boleh bergaya?
Kami ada berbincang tentang pengambilan supplement tambahan. Few of us berpendapat supplement kesihatan tidak menjanjikan penghasilan air susu yang banyak. jadi ada yang berhenti menggunakannya sebab takut bergantung kepada supplement. Ya lah kan penyusuan semuanya berkait rapat dengan cara kita berfikir. Sampai sekarang saya rasa magik betul ha ha..ya lah bila asyikasyik cakap air susu tiada mesti dapat supplement baru ada air susu nah bgtu lah hasilnya..kalu kita fikir air susu ada air susu ada insyaallah mesti ada..
Sebenarnya dalam group itu cuma saya rasanya yang tiada pengalaman mengepam dan menyimpan stok he he.. jadi saya cuma mendengar pengalaman mereka di jadikan bekal untuk hari mendatang mana tau anak seterusnya mungkin saya sudah sibuk dengan hal lain yang memaksa saya untuk kerap meninggalkan mereka di rumah nah ilmu-ilmu itulah yang saya akan apply ;)
Oh pada haritu juga ada aktiviti cabutan bertuah dan pertandingan mewarna ;) best! sebab saya menang cabutan bertuah !yeh dan happy bila tengok Daniel mewarna bersungguh-sungguh
Pemenang!!! anak puan fadzreen !yey
spot Daniel yang bersungguh-sungguh
voila ;)
Oklah setakat ini sahaja sedikit tentang 2nd SGSIS meeting kami. Looking forward nak attend meeting seterusnya. topik seterusnya ialah "penyusuan tentang susu ibu untuk ibu berkerjaya" dan tema ialah kaler ungu...tapi yang excitednya tuh kebetulan Mei adalah bulan IBU kan..mesti best celebrate Hari Ibu dengan ibuibu SGSIS..!yey













5 Kata Kamu:
seronok program macam nie
leh tahu macam2 teknik dlm penyusuan ibu kan dik .. sure banyak perkara yg dpt dikongsiakan bersama ;)
betul tu kak..banyak yg saya belajar dr mereka semua ;)
bestnya program ni... btw done follow - Noob
macam kau jak yg theme pink bah..:D
aku ja suka melayan tematema ni ha ha
Post a Comment